Klinik Pakar Bedah Mulut bersama Bahagian Kesihatan Pergigian Perak (BKPP) telah menganjurkan Kursus Juripruden Dan Dokumentasi Peringkat Perak Utara 2015 pada 27 April 2015 bertempat di Dewan Darul Salam, Kolej Kejururawatan, Hospital Taiping.
Pendaftaran
peserta
|
Pengerusi
Majlis Matron Saroja A/P Kunjuraman
|
Okjektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran personel pergigian dalam asas mengenalpasti maklumat penting daripada pesakit. Seramai 19 orang pegawai pergigian dan 19 orang jururawat pergigian dari daerah Larut Matang & Selama, Kuala Kangsar, Kerian dan Hulu Perak menyertai kursus ini.
Sesi
bergambar dengan para peserta kursus
|
Kursus ini merangkumi 2 ceramah dan 3 aktiviti 'Role Play & Group Discussion'.
Ceramah:
Bil.
|
Tajuk / Penceramah
|
Tempoh
|
1
|
Kepentingan
Rekod Klinikal
Dr. Faryna Bt Md
Yaakub
Pegawai Pergigian
(Penguatkuasa), Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian)
|
1 Jam 40 Minit
|
2
|
Clinical Notes Application
Dr. Rithuan Bin
Awang
Pakar Bedah Mulut,
Jabatan Bedah Mulut, Hospital Taiping
|
55 Minit
|
Ceramah
diberi oleh Dr. Faryna Bt Md Yaakub
|
Ceramah
diberi oleh Dr. Rithuan Bin Awang
|
Sesi
ceramah
|
Untuk aktiviti 'Role Play & Group Discussion', 3 sketsa yang direka berdasarkan keadaan yang biasa dilihat sewaktu menjalankan rawatan pergigian samada di klinik pergigian atau klinik di sekolah. Sebahagian pelakon terdiri daripada fasilitator manakala sebahagian lagi adalah peserta. Fasilitator telah dilatih dengan berpandukan skrip manakala peserta perlu melakonkan watak yang diberikan secara spontan. Selesai setiap sketsa, perbincagan dibuat dengan mengutarakan isu-isu menjurus kepada okjektif kursus.
Akltiviti 'Role Play' |
'Group Discussion' yang diacarai oleh Dr. Ferdinand J.K |
Kursus ini diakhiri dengan majlis penutupan oleh Dr. Wahdati Binti Haji Abdul Malek, AMP, Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian dan ditangguhkan pada 5.00 petang.
Majlis
penutupan oleh Dr. Wahdati Binti Haji Abd malek, AMP, Timbalan Pengarah
Kesihatan Negeri (Pergigian) Perak
|