Video Majlis Pelancaran Blog Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping

Saturday, September 12, 2015

Kursus 'Management of Patient in Hospital: Emergency & In patient Perspective' Peringkat Negeri Perak Tahun 2015

Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping bersama Bahagian Kesihatan Pergigian Perak (BKPP) telah menganjurkan Kursus 'Management of Patient in Hospital: Emergency & In patient Perspective' Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 pada 8 September 2015 bertempat di Bilik Seminar, Bangunan Blok Servis Klinikal, Hospital Taiping.

Sesi Pengambaran Peserta Kursus

Okjektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran personel pergigian apabila merawat pesakit dalam kecemasan serta memerlukan penjagaan dalam wad. Seramai 36 orang pegawai pergigian menghadiri kursus ini.

Peserta-peserta kursus



Kursus ini merangkumi 2 ceramah dan 8 aktiviti 'Scenario & Group Discussion'. 

Ceramah

Bil.
Tajuk / Penceramah
Tempoh
1

Management of patients in hospital
DR FERDINAND JK
Pakar Perunding Bedah Mulut
Klinik Pakar Bedah Mulut,
Hospital Taiping

40 Minit
2

“Are you ready for on-call”
Dr. Ng Kar Tsyeng
Pegawai Pergigian U44
Jabatan Bedah Mulut
Hospital Taiping

40  Minit
Penceramah: Dr. Ferdinand J.K

Peceramah: Dr. Ng Kar Tsyeng
Untuk sesi "Scenario & Group Discussion", peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan dan diberikan topik ( Vital Signs, Antibiotik, Analgesics, X-rays, BLS/ABC, Investigations, AOR discharge, Instrumentation) untuk dibincangkan dan kemudian persembahan hasil perbincangan. Sesi soal jawab disusuli kemudian.

Scenario & Group Discussion
Persembahan hasil perbincangan oleh peserta

Kursus ini diakhiri dengan majlis penutupan oleh Dr. Sujata Rani a/p M.S Dhoor, KPPK (Pergigian) dan ditangguhkan pada 5.15 petang.

Majlis penutupan kursus