Video Majlis Pelancaran Blog Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping

Thursday, September 15, 2016

KURSUS ‛AN UPDATE ON MANAGEMENT OF MAXILLOFACIAL TRAUMA’ PERINGKAT PERAK UTARA TAHUN 2016

Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping bersama Bahagian Kesihatan Pergigian Perak (BKPP) telah menganjurkan Kursus 'An Update On Management Of Maxillofacial Trauma' Peringkat Negeri Perak Utara  pada 7 September 2016 bertempat di Bilik Seminar 1, Bangunan Blok Servis Klinikal, Hospital Taiping.

Okjektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai pergigian dan pembantu pembedahan pergigian dalam asas pengendalian kes-kes trauma. Seramai 18 orang pegawai pergigian dan 11 pembantu pembedahan pergigian yang terlibat dengan tugas atas panggilan (Oncall) telah menyertai kursus ini.



Pendaftaran perserta

Ujian 'pre-test'
 Kursus ini melingkumi 2 ceramah dan 4 stesen 'Hands On'.

Ceramah bertajuk 'Importance of Proper Assessment and Management of Oncall Cases' disampaikan oleh Dr. Namkabir Singh, Pegawai Pergigian U44

Ceramah bertajuk 'Basic Principle of Management of Maxillofacial Trauma' disampaikan oleh Dr. Ferdinand J.K, Pakar Perunding Bedah Mulut, Hospital Taiping
Untuk stesen 'Hands On', aktiviti berkisar pada 4 stesen yang direka untuk mengajar tentang cara-cara pengendalian trauma yang berbeza. Setiap stesen di kendalikan oleh 2 fasilitator yang memberi penerangan dan membuat demonstrasi. Setelah demonstrasi, setiap peserta diberi peluang untuk menjalankan prosedur yang sama. Peserta juga diberi checklist untuk di lengkapkan di setiap stesen. Peserta yang sempurnakan sesi amali dengan memuaskan dikehendaki mendapatkan tandatangan fasilitator

Stesen yang disediakan oleh fasilitator dan urusetia





Penerangan fasilitator kepada peserta kursus di stesen 'Hands On'


Penerangan dan demostrasi pemasangan archbar

Peserta memerhati demostrasi pemeriksaan untuk pesakit trauma

Demostrasi pencucian luka oleh fasilitator

'Hands On' oleh peserta





Majlis penutupan kursus dimeriahkan dengan kedatangan Timbalan Pengarah Kanan Negeri (Pergigian) Perak, Dr. Syed Nasir B. Syed Alwi dan Pengarah Hospital Taiping, Dr. Haji Kamaruddin Bin Haji Alias

Sesi bergambar

Urusetia kursus

Monday, August 8, 2016

Majlis Perpisahan Untuk Dr. Fayyadhah


Tahniah dan selamat maju jaya kepada Dr. Fayyadhah Bt Mohd Azmi yang akan sambung belajar dalam bidang Pakar Pergigian Pediatrik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Monday, August 1, 2016

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN BEDAH MULUT HOSPITAL TAIPING TAHUN 2016

Pada 26 Julai 2016, Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Jamuan tersebut telah berlangsung di Klinik Pakar Bedah Mulut bermula dari pukul 11 pagi. Anggota-anggota dari Hospital Taiping dan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Larut Matang Dan Selama telah dijemput menghadiri jamuan ini. Warna tema untuk majlis tahun ini adalah warna ungu. Pelbagai juadah dihidangkan. Majlis ini telah mendapat sambutan yang baik dan berakhir pada pukul 3 petang.


Perhiasan klinik yang disediakan oleh anggota Jabatan Bedah Mulut

Perhiasan klinik

Perhiasan klinik

Perhiasan klinik

Menu kami..

Pelbagai juadah disediakan







'Door Gift' juga disediakan

Anggota Jabatan Bedah Mulut yang berpakaian baju Melayu bertemakan warna ungu


Dr. Ferdinand selaku penasihat dan Dr. Rithuan selaku pengerusi majilis


Majlis dimeriahkan dengan ketibaan Pengarah Hospital Taiping, Dr. Haji Kamaruddin Bin Haji Alias

Majlis dimeriahkan dengan ketibaan Pegawai Pergigian Daerah Larut, Matang & Selama, Dr Khairol Niza Bt Ahmad


























Selamat Hari Raya
Daripada semua anggota Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping