Satu taklimat mengenai Tatacara Tugas Atas Panggilan (On-Call) telah dianjurkan oleh Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping pada 18 Januari 2016 (sesi 1) dan 19 Januari 2016 (sesi 2). Taklimat ini bertujuan untuk memantapkan perkhidmatan atas panggilan (On-Call) dan menyampaikan pengetahuan terkini kepada Pegawai Pergigian dan Pembantu Pembedahan Pergigian dari perkhidmatan pergigian primer.
Pegawai Pergigian dan Pembantu Pembedahan Pergigian yang akan bertugas sebagai 'First Call' di Hospital Taiping telah menghadiri taklimat ini. 3 ceramah telah disampaikan oleh Dr. Ferdinand J.K (Pakar Perunding Bedah Mulut), Dr. Rashima Bt Ali @ Ibrahim (Pakar Pergigian Pediatrik) dan Dr. Ng Kar Tsyeng (Pegawai Pergigian Y/M KP Bedah Mulut).
Sesi ceramah disusuli dengan lawatan ke Jabatan Kecemasan dan wad-wad di Hospital Taiping. Sesi soal jawab juga diadakan untuk menjelas kemusykilan anggota mengenai tugas atas penggilan. Taklimat ini berlangsung selama 2 jam dan ditangguhkan pada 5.00pm.