Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping telah menganjurkan
Riadah Santai Bowling pada 9 Mei 2017 di Winner Bowl, Plaza Perbandaran
Taiping. Penyertaan aktiviti ini terbuka kepada semua anggota Klinik Pakar
Pergigian dan Klinik Pergigian Primer di Daerah Larut , Matang dan Selama.
Tujuan aktiviti ini diadakan untuk mengeratkan perpaduan dan
silaturahim di antara anggota pergigian Daerah Larut, Matang dan Selama serta
menyokong Kempen Amalan Gaya Hidup Sihat.
 |
Senaman panas badan |
 |
Perasmian acara oleh Dr Ferdinand, Ketua Jabatan Bedah Mulut dengan lontaran pertama hari tersebut |
Seramai 45 peserta yang dibahagikan kepada 15 kumpulan
menyertai aktiviti ini. Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan mendapat
sambutan yang baik daripada para peserta yang bersemangat.
 |
Bersemangat.. |
 |
Menunggu giliran untuk "Strike" |
 |
Pelbagai hadiah disediakan |
Keputusan Riadah Santai Bowling anjuran Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping Tahun 2017 seperti berikut:
 |
Johan Ketegori Berkumpulan: Pasukan ZUZAR yang terdiri daripada Dr. Zulina, Encik Redzuan dan Encik Zainal Affandi |
 |
Tempat Kedua Kategori Berkumpulan: Pasukan Abg Kasmi yang terdiri daripada Puan Nuraliza, En. Mohd Kassim dan En. Ahamad Nezam |
 |
Tempat Ketiga Kategori Berkumpulan: Pasukan SSZ yang terdiri daripada Dr. Tay Hui Wen, En. Shahlan dan Puan Zauyah |
 |
Pemenang Kategori Individu
Jatuhan Pin Terbanyak Lelaki: En. Redzuan
Jatuhan Pin Tertinggi Lelaki: Dr. Ong Wan Choon
Jatuhan Pin Terbanyak Wanita: Puan Yusalina
Jatuhan Pin Tertinggi Wanita: Puan Yusalina |
Syabas diucapkan kepada semua peserta dan pemenang. Diharap kita jumpa lagi tahun depan.