Video Majlis Pelancaran Blog Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping

Tuesday, December 12, 2017

Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2017 Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping

Sempena minggu kesedaran kanser mulut, satu pameran telah pun diadakan di ruang legar Hospital Taiping dari 27 November hingga 30 November 2017.

Pameran ini terdiri daripada  gambar poster dan juga pameran video. Pameran video diadakan untuk membantu para pelawat memahami dengan lebih mendalam apa itu kanser mulut dan juga cara- cara pemeriksaan mulut sendiri.

Sepanjang pameran ini, terdapat 312 pelawat yang melawati tapak pameran kami. Pegawai Pergigian dan juga Pembantu Pegawai Pergigian memberikan ceramah kepada para pelawat.  Soalan Quiz dan teka silang kata juga disediakan kepada para pelawat. Hadiah berupa ubat gigi, mug , bookmark dan pen telah diberikan sebagai galakan.

Diharapkan agar pameran ini sedikit sebanyak memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat umum tentang bahayanya kanser mulut serta cara-cara untuk mengesannya awal. Semoga pameran kanser mulut seperti ini akan terus diadakan pada tahun-tahun yang akan datang.






Tuesday, October 3, 2017

KURSUS ‘MANAGEMENT OF MEDICALLY COMPROMISED PATIENTS’ PERINGKAT ZON PERAK UTARA TAHUN 2017

Pada 14 September 2017, Bahagian Kesihatan Pergigian Perak dan Jabatan Bedah Mulut, Hospital Taiping telah menganjurkan Kursus ‘Management Of Medically Compromised Patients’ Peringkat Zon Perak Utara Tahun 2017 di Dewan Darul Salam, Kolej Kejururawatan, Hospital Taiping.

Seramai 45 pegawai pergigian telah menyertai kursus ini. Okjektif umum kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai pergigian baru (NDOP) dalam menangani pesakit-pesakit pergigian yang mempunyai masalah kesihatan (medically compromised). 

Kursus ini terdiri daripada sesi ceramah, sesi demostrasi dan sesi kes senario yang menarik .  Kursus ini mendapat maklumbalas yang baik daripada para peserta dan ditangguhkan pada jam 5.00 petang. 


Sesi ceramah

Sesi Kes Senario



Monday, June 5, 2017

Riadah Santai Bowling Anjuran Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping 2017

Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping telah menganjurkan Riadah Santai Bowling pada 9 Mei 2017 di Winner Bowl, Plaza Perbandaran Taiping. Penyertaan aktiviti ini terbuka kepada semua anggota Klinik Pakar Pergigian dan Klinik Pergigian Primer di Daerah Larut , Matang dan Selama.


Tujuan aktiviti ini diadakan untuk mengeratkan perpaduan dan silaturahim di antara anggota pergigian Daerah Larut, Matang dan Selama serta menyokong Kempen Amalan Gaya Hidup Sihat.

Senaman panas badan
Perasmian acara oleh Dr Ferdinand, Ketua Jabatan Bedah Mulut dengan lontaran pertama hari tersebut
Seramai 45 peserta yang dibahagikan kepada 15 kumpulan menyertai aktiviti ini. Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada para peserta yang bersemangat.

Bersemangat..
Menunggu giliran untuk "Strike"
Pelbagai hadiah disediakan
Keputusan Riadah Santai Bowling anjuran Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping Tahun 2017 seperti berikut: 

Johan Ketegori Berkumpulan: Pasukan ZUZAR yang terdiri daripada Dr. Zulina, Encik Redzuan dan Encik Zainal Affandi

Tempat Kedua Kategori Berkumpulan: Pasukan Abg Kasmi yang terdiri daripada Puan Nuraliza, En. Mohd Kassim dan En. Ahamad Nezam
Tempat Ketiga Kategori Berkumpulan: Pasukan SSZ yang terdiri daripada  Dr. Tay Hui Wen, En. Shahlan dan Puan Zauyah
Pemenang Kategori Individu
Jatuhan Pin Terbanyak Lelaki: En. Redzuan
Jatuhan Pin Tertinggi Lelaki: Dr. Ong Wan Choon
Jatuhan Pin Terbanyak Wanita: Puan Yusalina
Jatuhan  Pin Tertinggi Wanita: Puan Yusalina


Syabas diucapkan kepada semua peserta dan pemenang. Diharap kita jumpa lagi tahun depan.







Sunday, March 19, 2017

Hari Keluarga Peringkat Jabatan 2017

Pada 4 Mac 2017(Sabtu) jam 7.30 pagi, Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping telah menganjurkan Hari Keluarga peringkat jabatan di Ethno Valley, Changkat Ibol. 




Objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan kakitangan, mengukuhkan silaturahim sesama kakitangan jabatan dan ahli keluarga serta mengenali ahli keluarga kakitangan.

Seramai 60 peserta menyertai aktiviti ini. Pelbagai acara seperti senamrobik, sukaneka kanak-kanak dan dewasa, cabutan bertuah dan gotong royong telah diadakan. 



















Aktiviti ini telah mendapat sambutan dan maklumbalas yang baik daripada para peserta.  Syabas diucapkan kepada para ahli jawatankuasa Hari Keluarga 2017.
Ahli Jawatankuasa Hari Keluarga 2017

Thursday, September 15, 2016

KURSUS ‛AN UPDATE ON MANAGEMENT OF MAXILLOFACIAL TRAUMA’ PERINGKAT PERAK UTARA TAHUN 2016

Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping bersama Bahagian Kesihatan Pergigian Perak (BKPP) telah menganjurkan Kursus 'An Update On Management Of Maxillofacial Trauma' Peringkat Negeri Perak Utara  pada 7 September 2016 bertempat di Bilik Seminar 1, Bangunan Blok Servis Klinikal, Hospital Taiping.

Okjektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai pergigian dan pembantu pembedahan pergigian dalam asas pengendalian kes-kes trauma. Seramai 18 orang pegawai pergigian dan 11 pembantu pembedahan pergigian yang terlibat dengan tugas atas panggilan (Oncall) telah menyertai kursus ini.



Pendaftaran perserta

Ujian 'pre-test'
 Kursus ini melingkumi 2 ceramah dan 4 stesen 'Hands On'.

Ceramah bertajuk 'Importance of Proper Assessment and Management of Oncall Cases' disampaikan oleh Dr. Namkabir Singh, Pegawai Pergigian U44

Ceramah bertajuk 'Basic Principle of Management of Maxillofacial Trauma' disampaikan oleh Dr. Ferdinand J.K, Pakar Perunding Bedah Mulut, Hospital Taiping
Untuk stesen 'Hands On', aktiviti berkisar pada 4 stesen yang direka untuk mengajar tentang cara-cara pengendalian trauma yang berbeza. Setiap stesen di kendalikan oleh 2 fasilitator yang memberi penerangan dan membuat demonstrasi. Setelah demonstrasi, setiap peserta diberi peluang untuk menjalankan prosedur yang sama. Peserta juga diberi checklist untuk di lengkapkan di setiap stesen. Peserta yang sempurnakan sesi amali dengan memuaskan dikehendaki mendapatkan tandatangan fasilitator

Stesen yang disediakan oleh fasilitator dan urusetia





Penerangan fasilitator kepada peserta kursus di stesen 'Hands On'


Penerangan dan demostrasi pemasangan archbar

Peserta memerhati demostrasi pemeriksaan untuk pesakit trauma

Demostrasi pencucian luka oleh fasilitator

'Hands On' oleh peserta





Majlis penutupan kursus dimeriahkan dengan kedatangan Timbalan Pengarah Kanan Negeri (Pergigian) Perak, Dr. Syed Nasir B. Syed Alwi dan Pengarah Hospital Taiping, Dr. Haji Kamaruddin Bin Haji Alias

Sesi bergambar

Urusetia kursus