Pada 4 Mac 2017(Sabtu) jam 7.30 pagi, Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping telah menganjurkan Hari Keluarga peringkat jabatan di Ethno Valley, Changkat Ibol.
Objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan kakitangan, mengukuhkan silaturahim sesama kakitangan jabatan dan ahli keluarga serta mengenali ahli keluarga kakitangan.
Seramai 60 peserta menyertai aktiviti ini. Pelbagai acara seperti senamrobik, sukaneka kanak-kanak dan dewasa, cabutan bertuah dan gotong royong telah diadakan.
Aktiviti ini telah mendapat sambutan dan maklumbalas yang baik daripada para peserta. Syabas diucapkan kepada para ahli jawatankuasa Hari Keluarga 2017.
Ahli Jawatankuasa Hari Keluarga 2017 |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.