Video Majlis Pelancaran Blog Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping

Thursday, December 17, 2015

Majlis Penghargaan & Makan Malam Jabatan Bedah Mulut 2015

Pada 15 Disember 2015, Majlis Penghargaan & Makan Malam Jabatan Bedah Mulut 2015 telah diadakan di SSL Traders Hotel Taiping. Jamuan ini berlangsung pada 7.30 malam sehingga 12 malam dan bertemakan 'Bollywood'. Jamuan ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada perkhidmatan semua anggota Jabatan Bedah Mulut sepanjang tahun 2015.  Sesi permainan, persembahan, cabutan bertuah, sesi karaoke dan pelbagai aktiviti telah dijalankan. Jamuan ini merupakan aktiviti yang terakhir untuk Jabatan bedah Mulut pada tahun ini dan berjaya menutup tirai 2015 dengan suasana yang ria dan gembira. Semoga perkhidmatan Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping berjalan dengan lancar pada tahun 2016.






Sesi bergambar

Cabutan bertuah
Persembahan daripada FYDO
Persembahan daripada anggota Jabatan Bedah Mulut

Pemberian cenderahati kepada PPP Nur Ain Aezoura dan PPP Annamary sempena sambutan anak kelahiran baru

Mr and Miss Bollywood
Sesi permainan
Persembahan istimewa daripada PPP Vishnuvardan
Persembahan istimewa daripada Pakar Perunding Dr. Ferdinand dan Pegawai Pergigian Dr. Nakkiran
    

Sesi Karaoke










Tuesday, November 24, 2015

Minggu Kesedaran Kanser Mulut tahun 2015


Sempena Minggu Kesedaran Kanser Mulut Peringkat Kebangsaan, satu pameran kanser mulut telah diadakan di ruang legar, Blok Poliklinik Hospital Taiping dari 15 hingga 21 November 2015. Tujuan utama pameran ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang kanser mulut, termasuk tanda-tanda awal, punca berlakunya penyakit ini dan langkah pengesanan awal.
Persediaan Pameran Kesedaran Kanser Mulut
Persediaan Pameran Kanser Mulut


Hadiah-hadiah untuk kuiz

Persediaan pameran

Persediaan pameran

Bahan-bahan pameran ini telah disediakan dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Ini dilakukan supaya mesej yang ingin disampaikan mudah ditafsir oleh semua lapisan masyarakat Malaysia, yang terdiri dari pelbagai bangsa. Pameran ini mendapat sambutan yang agak baik. Ramai pengunjung menghargai pameran ini dan mengaku bahawa tidak tahu tentang wujudnya kanser mulut sebelum ini. Setiap pengunjung juga telah diberikan nasihat dan kaunseling untuk mencegah terjadinya penyakit ini.

Bahan-bahan pameran

Bahan-bahan pameran

Anggota-anggota yang bertugas

Perdaftaran pengunjung

Penjelasan dan kaunseling kepada pengunjung mengenai kanser mulut

Penjelasan dan kaunseling kepada pengunjung mengenai kanser mulut

Selain itu, terdapat juga poster mengenai langkah-langkah pemeriksaan sendiri supaya sebarang perubahan di dalam mulut dapat dikesan awal oleh masyarakat sendiri. Kuiz untuk menilai pemahaman masyarakat tentang maklumat yang disampaikan juga telah diadakan. Setiap pelawat ke pameran dikehendaki untuk menjawab soalan kuiz. Hadiah berupa sampel ubat gigi juga disediakan untuk orang yang dapat menjawab soalan-soalan kuiz dengan betul.

Pendaftaran dan kuiz

Pameran ini juga mendapat sambutan daripada anggota-anggota kesihatan dan perubatan

Pertanyaan dari pengunjung-pengunjung ke pameran
Secara keseluruhannya, pameran ini mendapat sambutan yang hangat dari masyarakat setempat. Seramai 270 orang telah mengunjungi pameran kanser mulut. Diharapkan agar pameran ini sedikit sebanyak memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat umum tentang bahayanya kanser mulut serta cara-cara untuk mengesannya awal. Semoga pameran kanser mulut seperti ini akan terus diadakan pada tahun-tahun yang akan datang.


Disediakan oleh: DR NAMKABIR SINGH A/L PAPINDAR SINGH

Saturday, September 12, 2015

Kursus 'Management of Patient in Hospital: Emergency & In patient Perspective' Peringkat Negeri Perak Tahun 2015

Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping bersama Bahagian Kesihatan Pergigian Perak (BKPP) telah menganjurkan Kursus 'Management of Patient in Hospital: Emergency & In patient Perspective' Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 pada 8 September 2015 bertempat di Bilik Seminar, Bangunan Blok Servis Klinikal, Hospital Taiping.

Sesi Pengambaran Peserta Kursus

Okjektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran personel pergigian apabila merawat pesakit dalam kecemasan serta memerlukan penjagaan dalam wad. Seramai 36 orang pegawai pergigian menghadiri kursus ini.

Peserta-peserta kursus



Kursus ini merangkumi 2 ceramah dan 8 aktiviti 'Scenario & Group Discussion'. 

Ceramah

Bil.
Tajuk / Penceramah
Tempoh
1

Management of patients in hospital
DR FERDINAND JK
Pakar Perunding Bedah Mulut
Klinik Pakar Bedah Mulut,
Hospital Taiping

40 Minit
2

“Are you ready for on-call”
Dr. Ng Kar Tsyeng
Pegawai Pergigian U44
Jabatan Bedah Mulut
Hospital Taiping

40  Minit
Penceramah: Dr. Ferdinand J.K

Peceramah: Dr. Ng Kar Tsyeng
Untuk sesi "Scenario & Group Discussion", peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan dan diberikan topik ( Vital Signs, Antibiotik, Analgesics, X-rays, BLS/ABC, Investigations, AOR discharge, Instrumentation) untuk dibincangkan dan kemudian persembahan hasil perbincangan. Sesi soal jawab disusuli kemudian.

Scenario & Group Discussion
Persembahan hasil perbincangan oleh peserta

Kursus ini diakhiri dengan majlis penutupan oleh Dr. Sujata Rani a/p M.S Dhoor, KPPK (Pergigian) dan ditangguhkan pada 5.15 petang.

Majlis penutupan kursus

Monday, August 31, 2015

2nd Asian Maxillofacial Trainees Conference & 19th MAOMS Annual Scientific Meeting

2nd Asian Maxillofacial Trainees Conference & 19th MAOMS Annual Scientific Meeting was held at Wisma Perwira, ATM, Kuala Lumpur on 10-12 Ogos 2015 with the theme of "We Learn, We Share, We Transform".



Dr. Ferdinand J.K, Dr. Ng kar Tsyeng and Dr. Ong Wan Choon from Oral Surgery Department, Taiping Hospital  attended this conference and participated in the poster presentation.





Latest knowledge and information are shared in this conference. Besides, this conference also provides the opportunity for the specialists and trainees to know each other and promote future collaboration.






Participation in this conference is beneficial and hopefully it improve the daily clinical service.