Video Majlis Pelancaran Blog Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping

Tuesday, November 24, 2015

Minggu Kesedaran Kanser Mulut tahun 2015


Sempena Minggu Kesedaran Kanser Mulut Peringkat Kebangsaan, satu pameran kanser mulut telah diadakan di ruang legar, Blok Poliklinik Hospital Taiping dari 15 hingga 21 November 2015. Tujuan utama pameran ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang kanser mulut, termasuk tanda-tanda awal, punca berlakunya penyakit ini dan langkah pengesanan awal.
Persediaan Pameran Kesedaran Kanser Mulut
Persediaan Pameran Kanser Mulut


Hadiah-hadiah untuk kuiz

Persediaan pameran

Persediaan pameran

Bahan-bahan pameran ini telah disediakan dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Ini dilakukan supaya mesej yang ingin disampaikan mudah ditafsir oleh semua lapisan masyarakat Malaysia, yang terdiri dari pelbagai bangsa. Pameran ini mendapat sambutan yang agak baik. Ramai pengunjung menghargai pameran ini dan mengaku bahawa tidak tahu tentang wujudnya kanser mulut sebelum ini. Setiap pengunjung juga telah diberikan nasihat dan kaunseling untuk mencegah terjadinya penyakit ini.

Bahan-bahan pameran

Bahan-bahan pameran

Anggota-anggota yang bertugas

Perdaftaran pengunjung

Penjelasan dan kaunseling kepada pengunjung mengenai kanser mulut

Penjelasan dan kaunseling kepada pengunjung mengenai kanser mulut

Selain itu, terdapat juga poster mengenai langkah-langkah pemeriksaan sendiri supaya sebarang perubahan di dalam mulut dapat dikesan awal oleh masyarakat sendiri. Kuiz untuk menilai pemahaman masyarakat tentang maklumat yang disampaikan juga telah diadakan. Setiap pelawat ke pameran dikehendaki untuk menjawab soalan kuiz. Hadiah berupa sampel ubat gigi juga disediakan untuk orang yang dapat menjawab soalan-soalan kuiz dengan betul.

Pendaftaran dan kuiz

Pameran ini juga mendapat sambutan daripada anggota-anggota kesihatan dan perubatan

Pertanyaan dari pengunjung-pengunjung ke pameran
Secara keseluruhannya, pameran ini mendapat sambutan yang hangat dari masyarakat setempat. Seramai 270 orang telah mengunjungi pameran kanser mulut. Diharapkan agar pameran ini sedikit sebanyak memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat umum tentang bahayanya kanser mulut serta cara-cara untuk mengesannya awal. Semoga pameran kanser mulut seperti ini akan terus diadakan pada tahun-tahun yang akan datang.


Disediakan oleh: DR NAMKABIR SINGH A/L PAPINDAR SINGH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.