Video Majlis Pelancaran Blog Jabatan Bedah Mulut Hospital Taiping

Monday, April 25, 2016

Minggu Penghargaan Pembantu Pembedahan Pergigian 2016

Minggu pertama penuh bulan Mac setiap tahun merupakan Minggu Penghargaan Pembantu Pembedahan Pergigian Sedunia. Tema Minggu Penghargaan Pembantu Pembedahan Pergigian tahun 2016 ialah "Our mission is to serve, our passion is to care".

Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP) memainkan peranan yang penting dalam perkhidmatan pergigian harian. Skop tugas PPP termasuk membantu pegawai pergigian dan jururawat pergigian dalam rawatan, mengawal jangkitan silang di klinik, menyediakan alat atau bahan pergigian dan pendaftaran pesakit.

Sempena Minggu Penghargaan Pembantu Pembedahan Pergigian Sedunia yang berlangsung pada 6-12 Mac 2016, Jabatan Bedah Mulut telah menyediakan satu jamuan pada 8 Mac 2016 sebagai tanda penghargaan kepada semua PPP yang bertungkus lumus memberi perkhidmatan yang optimum di klinik dan wad. Diharap semua PPP akan meneruskan usaha dan memberi perkhidmatan yang cemerlang pada masa yang akan datang.







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.